Di Messenger, kami komited untuk menyediakan pengalaman yang pantas, boleh dipercayai dan menyeronokkan agar sesiapa sahaja boleh menjangkau orang tercinta. Sepanjang beberapa tahun lalu kami telah memperkenalkan panggilan video,bersembang dengan kumpulan, menghantar pelekat dan GIF, membuat pembayaran, berhubung dengan perniagaan dan banyak lagi. Dengan memasang apl Messenger, anda akan membuka kunci akses yang lebih pantas kepada kesemua ciri hebat ini dan secara purata, orang yang anda ingin jangkau akan bertindak balas dengan lebih cepat.
Tidak. Anda tidak memerlukan akaun Facebook untuk menggunakan Messenger—daftar hanya dengan menggunakan nama dan nombor telefon anda.
Anda boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di Messenger, tidak kira sama ada anda mempunyai nombor telefon mereka atau menjadi rakan mereka di Facebook atau tidak. Hanya cari nama, nombor atau nama pengguna mereka untuk bermula.
Apabila anda menghantarkan mesej kepada seseorang yang tidak dihubungkan dengan anda, mesej anda akan menjadi permintaan. Mereka perlu menerima permintaan anda sebelum anda boleh memulakan perbualan.
Apabila anda menerima permintaan mesej, anda akan mendapat pemberitahuan. Anda boleh memutuskan untuk mengabaikan atau menerimanya.
Sesiapa yang berumur 13 tahun dan ke atas boleh memasang dan menggunakan Messenger.