Koronavirus Messenger (COVID-19)

Koronavirus Messenger (COVID-19)

Koronavirus Messenger (COVID-19)

Imej Koronavirus
Imej Koronavirus
Imej Koronavirus

Berikut adalah beberapa cara Messenger boleh membantu anda kekal berhubung semasa pandemik

Berikut adalah beberapa cara Messenger boleh membantu anda kekal berhubung semasa pandemik

Terus berhubung dengan komuniti anda

Kami komited untuk menyediakan sokongan pemimpin komuniti semasa anda menyahut cabaran ini. Berhubung dengan kumpulan, organisasi dan dapatkan maklumat dari jauh.

Ketahui Lebih Lanjut

Kekal dekat walaupun berjauhan

Messenger boleh membantu anda kekal dekat dengan orang tersayang dari mana-mana sahaja dan pada mana-mana peranti. Gunakan sembang dan panggilan suara untuk berhubung satu sama lain atau himpunkan kumpulan kegemaran anda bersama-sama dengan Bilik Messenger.

Ketahui Lebih Lanjut

Kekal selamat dan elakkan komplot penipuan

Tentu sahkan fakta dengan sumber rasmi yang dipercayai dan berhati-hati terhadap orang yang menjalankan aktiviti penipuan seperti atau pengumpul dana palsu. Jika anda tidak pasti perkara itu benar, jangan kongsi.

Ketahui Lebih Lanjut

MEMASTIKAN MAKLUMAT ANDA KEKAL SELAMAT

Sumber untuk Organisasi Kesihatan Kerajaan

Organisasi boleh menggunakan Messenger untuk terus berhubung dengan komuniti mereka, berkongsi maklumat yang tepat dan pantas, menjawab soalan lazim dan banyak lagi.

Messenger menyediakan alat pemesejan percuma kepada semua Halaman termasuk kerajaan dan organisasi kesihatan. Namun, kami memahami kesukaran memberikan respons mesej dengan segera semasa tempoh sibuk.

Bagi memudahkan proses ini dan memastikan orang ramai mendapat maklumat penting dengan cepat semasa tempoh ketidakpastian, kami telah mencipta program untuk menghubungkan organisasi kesihatan kerajaan dengan pembangun Messenger yang boleh membantu mereka mewujudkan kehadiran dalam Messenger, menyediakan respons segera automatik kepada soalan lazim dan pertanyaan serta menyiarkan kemas kini penting kepada komuniti mereka apabila maklumat baharu tersedia.

Ketahui Lebih Lanjut

Berikut adalah beberapa cara Messenger boleh membantu anda terus berhubung dengan komuniti anda

Berikut adalah beberapa cara Messenger boleh membantu anda terus berhubung dengan komuniti anda

Ibu Bapa

Pada masa ini, kanak-kanak sukar untuk terus berhubung dan terlibat secara sosial dengan rakan dan keluarga mereka. Aplikasi Messenger Kanak-Kanak direka untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun berseronok sewaktu bersembang video dan bermesej dalam persekitaran yang dikawal oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh menyediakan tarikh main secara maya atau sesi kerja rumah dan anak-anak boleh menggunakan pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk mengekalkan keceriaan dan hubungan yang akrab.

Pendidik

Messenger boleh membantu anda kekal berhubung dengan komuniti walaupun tidak bersua muka. Sampaikan perkembangan atau bertanya khabar antara satu sama lain dengan panggilan suaradan video kumpulan. Gunakan kumpulan atau Bilikuntuk kekal berhubung dengan ibu bapa atau rakan sekerja.*

Perniagaan

Pemesejan membantu perniagaan kekal berhubung dengan pelanggan apabila mereka tidak dapat bertemu. Manfaatkan alat pemesejan percuma untuk memberi pelanggan maklumat penting dan pertimbangkan penyediaan respons automatik kepada soalan lazim seperti penutupan kedai, waktu perniagaan dan banyak lagi.

Komuniti tempatan

Sama ada komuniti kepercayaan, organisasi sivik atau kumpulan aktiviti, detik-detik genting seperti ini telah membuatkan hubungan peribadi dalam kalangan komuniti kita menjadi lebih akrab. Pertimbangkan penganjuran perhimpunan kumpulan dengan Bilik Messenger atau cipta kumpulan untuk kekal berhubung, berkongsi maklumat kritikal atau hanya hadir untuk menyokong satu sama lain.

Kekal dekat walaupun berjauhan

Kekal berhubung dengan sembang kumpulan

Kongsi maklumat penting dan terus berhubung dengan kumpulan komuniti anda serta hubungan rapat dengan sembang kumpulan. Nama kumpulan tersuai dan emoji juga membantu mengekalkan topik yang menyeronokkan dan teratur.

Daftar masuk dengan video kumpulan

Guna Bilik untuk lepak bersama dengan orang kegemaran anda di sembang video. Anda boleh menjemput sehingga 50 orang tanpa had masa dan anda tidak memerlukan akaun Facebook untuk turut serta.

Kongsi cerita anda

Berhubung dari jauh membantu kita berasa lebih dekat. Cipta dan kongsi Cerita dengan rakan karib dan keluarga supaya mereka boleh terus berhubung melalui gambar anda.

Ekspresikan diri anda

Luangkan masa untuk berkongsi kegembiraan dengan orang di sekeliling anda dengan ciri menyeronokkan dan ringan seperti penapis AR, GIFS, pelekat kamera, emoji dan pek pelekat sembang dalam sebarang peranti dan platform yang anda gunakan.

Kekal Selamat dan Elakkan Komplot Penipuan

Malangnya, waktu yang genting akan memudahkan penipu atau orang lain untuk memudaratkan platform kami. Kami berusaha untuk menghentikan aktiviti berniat hasad menyerang anda. Namun, kami juga ingin memberi anda petua dan alat untuk memastikan diri anda selamat semasa wabak ini.

Kekal Selamat dan Elakkan Komplot Penipuan

Malangnya, waktu yang genting akan memudahkan penipu atau orang lain untuk memudaratkan platform kami. Kami berusaha untuk menghentikan aktiviti berniat hasad menyerang anda. Namun, kami juga ingin memberi anda petua dan alat untuk memastikan diri anda selamat semasa wabak ini.

Berwaspada terhadap Komplot Penipuan

Salah satu cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada penipuan dan maklumat salah yang berbahaya adalah dengan terus mengikuti perkembangan semasa. Berhati-hati dengan orang yang meminta wang atau menawarkan rawatan perubatan jika anda tidak mengenali mereka. Jika seseorang menghubungi anda yang mengaku sebagai tokoh masyarakat atau organisasi, lihat Lencana Biru yang menunjukkan bahawa mereka ialah akaun yang ditentusahkan. Tonton video dan petua yang berguna ini tentang penipuan internet dan cara mengelakkan perkara ini berlaku serta klik di sini untuk mengetahui cara menjadi Halaman atau Akaun yang ditentusahkan.

Mencegah penyebaran maklumat salah

Tidak semua mesej yang anda terima tentang koronavirus adalah benar. Tentu sahkan fakta dengan sumber lain yang dipercayai seperti Pertubuhan Kesihatan Seduniaatau kementerian kesihatan anda. Lihat Penunjuk Hadapan yang memaklumkan bahawa anda menerima mesej dimajukan supaya anda boleh mengenal pasti mesej yang diterima bukan dicipta oleh penghantar. Jika anda tidak pasti sama ada suatu maklumat itu benar, jangan majukan.

*Setiap pengguna Messenger bertanggungjawab untuk memastikan sebarang penggunaan Messenger mematuhi undang-undang yang dikenakan termasuk privasi pendidikan dan undang-undang penyimpanan rekod.

Messenger bukan penyedia pendidikan.